Tuesday, December 8, 2009

SEDUTAN DRAMA TAULADAN

CERITA-CERITA NABI








KEAJAIBAN AZAN TANPA HENTI-HENTI


MATI DALAM IMAN


LAKONAN SAKARATUL MAUT


BUDAK HUFFAZ UMUR 4 TAHUN


KISAH BUDAK 4 TAHUN



ANTARA SPIDERMAN & CICAKMAN

superhero malaysia



begitu hebat org barat, berjaya mencipta sesuatu yg boleh dijadikan ikutan, oleh semua org, termasuklah org islam... berjaya menjadikan umat islam lalai dan leka dgn duniawi.. tidakkah kita terfikir dan menyedari, apakah agenda tersembunyi yg dirancg oleh org yahudi.. ingatlah 3F yg digunakn oleh yahudi utk mghancurkan umat islam di dunia ini... 5F itu ialah Fashion, Female, Fun,Food dan Film..

pembudayaan barat telah lama meresap dalam diri org islam, secara senyap sehingga kita x mnyedari..mujur ada ulamak dan ustaz yg slalu memperingtkn kita, itu pun ramai yg menentg, termasuk org islam sendiri. Antara penyumbang utama kepada pembudayaan ini ialah melalui makanan, budaya dan hiburan..

tp sy nk menyentuh tentang hiburan, iaitu F yg kelima, (Film).. kalau kita lihat skg ni, filem2 barat dgn cepat menular ke negara kita, iaitu Malaysia yg tercinta ini. bukan kita xmampu utk mnyekat, tp faktor pemerintah juga perlu di ambil kira. kita sanggup berurusniaga untuk mendapatkn untung, tp pd masa yg sama diri kita sendiri dan saudara islam kita dengn senyap2 dimusnahkn oleh yahudi.

tidakkah kita terfikir, adakah elemen2 yg terdapat di dalam filem itu sesuai dgn fitrah org islam? jikalau dalaman umat islam sudah rapuh dan lemah, nescaya org kafir dgn mudah dapat mghapuskn kita...

berbalik kpd gmbar kat atas tu.. itulah hero yg dibanggakn oleh umat islam sekarang... spiderman... cuba kita bandingkan pulak dgn hero yg dibuat oleh org malaysia... iaitu cicakman....

spider dan cicak... 2 jenis makhluk tuhan yg dicipta oleh Allah SWT... cuba kita ingt kembali sejarah pd zaman rasulullah, spider telah membantu nabi ketika sedang berlindung di gua tsur.spider itu telah membuat sarang, dan brjaya memperdayakan org kafir drpd memasuki gua tersebut... manakala si cicak pulak telah mengeluarkn bunyi ketika nabi berlindung di dalam gua itu... sebab itulah sunat bg kita utk membunuh cicak... fikirkan...

Tuesday, April 21, 2009

RENUNGAN 2

ADIKKU...
CEKALNYA HATIMU MENEMPUH HIDUP

gambar hiasan

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

PERINGATAN DARI AL QURAN

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar"

Surah Al Anfal 8:28


"Bukanlah kebajikan itu hanya menghadap muka kamu ke arah timur dan barat,tetapi kebajikan (yang sebenarnya) ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab, nabi-nabi, bersedekah harta yang disayangi kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, musafir, peminta-peminta sedekah dan hamba-hamba yang menuntut kemerdekaan, mendirikan solat dan menunaikan zakat, orang yang menepati janji apabila berjanji, orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa".

Surah Al Baqarah 2:177


Senyumku tak seghairah ...Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu ...Kicau burung pun tak semerdu


Namun ku punya hati......Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini......Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta.....Lahir ke dunia
Tidak kuduga.....Cacat begini


Bukan kuminta....Kasih dan manja
Bukan ku rayu...... bantu simpati


Maafkan wahai teman ...Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan ...Sampai masa ku pergi jua...


INGATLAH....

KITA JUGA MENUMPANG DI SUDUT DUNIA


!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Kembali le laman blog ADNIN

Thursday, April 16, 2009

PELAJAR CEMERLANG SPM 2008

Saturday, March 14, 2009

SPM: Pelajar MA'AHAD MUHAMMADI PEREMPUAN dapat 20A

Inilah Rumah Saya - Pelajar Terbaik SPM 2008

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan usang ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu. Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari. - Utusan
KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A. Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.

Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.


Kembali ke http://adnintc.blogspot.com